[SAADAH '23 |TEMPAHAN BINATANG KORBAN DAN SUMBANGAN]
![[SAADAH '23 |TEMPAHAN BINATANG KORBAN DAN SUMBANGAN] [SAADAH '23 |TEMPAHAN BINATANG KORBAN DAN SUMBANGAN]](https://perform4perubatan.onpay.my/media/forms/16-saadah23perubatan-1686101281.jpg)
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (SAADAH)
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (Surah al-Hajj: ayat 34)
ALHAMDULILLAH
TEMPAHAN BINATANG KORBAN KINI TELAH DIBUKA
Kongsikan kegembiraan anda di hari raya korban bersama Muslim di negara Mesir dan mahasiswa Malaysia di sini dalam Sambutan Hari Raya Aidiladha (SAADAH) - Quran Care anjuran bersama peringkat Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) dan Muslim Care Egypt (MCE).
Di samping mendapat pahala korban, insya-Allah akan mendapat pahala sedekah juga.
AYUH MENJADI PENEMPAH PERTAMA!!
HARI INI KAMI JUGA MEMBUKA PELUANG ISTIMEWA BUAT ANDA

Setelah dua tahun PERUBATAN tidak dapat mengadakan program SAADAH secara berpusat yang mengumpulkan mahasiswa sains kesihatan
(perubatan, pergigian, farmasi) daripada tujuh buah universiti di Mesir, alhamdulillah pada tahun lepas kami diberi peluang ini dalam menjayakan hari kebesaran Islam (HARI RAYA AIDILADHA)
dan merapatkan kesatuan
(UKHUWAH ISLAMIAH).
|
|
Program sebegini akan diteruskan lagi pada sesi ini julung-julung kalinya dilaksanakan
anjuran bersama Muslim Care Egypt (MCE) dengan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda.
Anda Berminat?
AYUH BERSAMA SAADAH PERUBATAN ! !
PELUANG MENYUMBANG PADA HARI JUMAAT
Lihatlah kemeriahan dan kegembiraan yang kami lakarkan di wajah anak perantau di bumi Mesir ini. Seolah-olah inilah kemeriahan yang dirasai di Malaysia jua.
|
Walaupun kepenatan, bila bertemu keluarga kami di sini... penat itu hilang diganti manisnya senyuman. Inilah Keluarga PERUBATAN.
![]() ![]() ![]() ![]() |
- Mengangkut haiwan korban dari ladang ternakan ke tempat sembelihan.
- Mengangkut daging-daging korban yang telah siap dilapah untuk dibawa ke tempat pengagihan.
بسم الله الرحمن الرحيم
✅ Saya dengan ini mewakilkan kepada urusetia program SAADAH daripada PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR SAINS KESIHATAN MALAYSIA-MESIR (PERUBATAN) atau wakilnya untuk membeli, meniatkan, menyembelih, mengagihkan daging korban/akikah dan semua perkara yang berkaitan dengan ibadah korban/akikah bagi diri saya/atau atas nama berikut: (tulis nama orang yang berkorban/akikah).
✅
Dengan
bayaran
RM (jumlah wang) untuk (jumlah bilangan
binatang korban/akikah) bahagian unta/ekor kambing/khoruf termasuk tujuan pengurusan dan upah bagi tahun ini 1444H bersamaan 2023M kerana Allah Taala.
✅ Sekiranya ada lebihan daripada wang
yang diberikan, saya izinkan untuk digunakan bagi tujuan pengurusan dan keperluan penuntut ilmu di Mesir.
TIDAK PUAS MELIHAT GAMBAR KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (SAADAH) ANJURAN KAMI ?
SILA IKUTI KAMI PADA PAUTAN YANG TERTERA DI BAWAH
UNTUK MENGETAHUI PERGERAKAN SEMASA DAN MENDAPATKAN PENGISIAN-PENGISIAN YANG MENARIK PADA MASA AKAN DATANG!
Facebook:
mediaPERUBATAN
Instagram:
mediaperubatan
Youtube:
tvPERUBATAN
Twitter: perubatan